Tetap tertawa walau sebernarnye ia ingin menangis, tetap tersenyum walau sebenarnya ia kecewa, tetap kuat walau sebenarnya ia tak sanggup, tetap semangat walau sebenarnye ia tertekan dan TETAP SABAR DAN MEMANDANG SEGALANYA BAIK-BAIK SAJA WALAUPUN IA TERLUKA...

Tuesday, June 4, 2019

SURAT UNTUK MAK..

Assalamualaikum mak..

Hari ni genap la 10 tahun mak tinggalkan Yaya. Sepanjang 10 tahun ni banyak sangat yang berlaku, dan sepanjang 10 tahun ni, Yaya tak pernah berhenti rindukan mak.

Mak nak tau, Yaya dah kahwin dan ada 2 org anak lelaki, Rusyaidi dengan Rayyan nama dia.
Setiap hari, setiap masa, setiap apa yang Yaya buat, Yaya sentiasa rindukan mak. Setiap kali kalau Yaya beli apa-apa, handbag ke mesti Yaya cakap dalam hati, kalau mak masih ada boleh Yaya belikan. Yaya teringin nak belanja mak.
Tiap kali makan apa-apa, mesti teringat kalau lah sempat Yaya belajar masak ni dulu dengan mak.
Ye, tapi itu semua kalau. Apa yang Yaya boleh buat hanyalah berdoa semoga Allah tempatkan mak dikalangan orang-orang yang solehah. Semoga Allah pertemukan kita di Syurga nanti, insyaallah.

Yaya cuma ada beberapa je gambar mak, kalaulah dulu ada telefon kamera canggih macam sekarang mesti penuh gambar kita semua kan. Jadinya balik-balik Yaya repeat la gambar Yaya yg hitam legam ni.haha..

Bila berakhirnya Ramadhan, hati mula rasa sayu. Yaya kehilangan mak pada akhir Ramadhan, dan Yaya juga melahirkan Rusyaidi pada akhir Ramadhan.




Yang sangat merinduimu,
Yaya

Thursday, October 3, 2013

Japanese member

Entry hari ni Yaya nak cerita serba sedikit pasal Japanese member dekat ofis ni.. Mesti ramai dah tau kan serba sedikit culture Japan.. Diorang ni sangat menepati masa.. kalau korang nak tau lebih pasal perangai dan culture diorang ni boleh tgh dekat blog cerah jeff.. Dia study dan kerja di Jepun.. Dia ada cerita la pengalaman dia di Jepun..

Bila kita baca cerita pasal Jepun ni, kita rasa excited nak pegi sana kan.. So Yaya nak cerita sikit pasal senpai/sensei Yaya kat opis ni.. Ada 2 org Jepun yg attached dgn department Yaya.. Diorg ni sangat senpoi!..Diorg takdela strict sgt..hehe..Diorg baru 1 tahun dekat sini.

Tapi masih ada lagi la budaya Jepun diorg. Diorang g keje akan pakai kemeja putih tight in + slack hitam + kasut hitam. Yaya ada tanya la member Yaya yang study Jepun dulu, dia cakap orang di Jepun memang mcm tu bila pergi kerja, tak kisah la dia executive ataupun operator. Kalau kita kat sini, confirm pakai seluar jeans dengan t-shirt je kan. hahaha... yela, kilang kitorg ni ada uniform, nnti boleh salin baju..

Tapi masa hari Sabtu / Ahad, pakaian diorang senpoi je.. Ada 1 hari Sabtu hari tu sorang senpai ni pakai seluar pendek lagi..hahaha... Sebenarnya Yaya tak tau nak bahasakan apa, senpai ke sensei ke..sbb diorg ni dah berpengalaman, diorg la yang ajar kitorg engineer muda ni..hehe.. Sorang attached dengan bahagian mekanikal, sorang lagi bahagian elektrikal. Jadi, Yaya selalu refer pada sensei bahagian Elektrikal la..

Diorang stakat ni baik la..Banyak yg diorang ajar.. Yang bahagian Elektrikal ni mmg banyak sangat dia ajar Yaya.. Yaya dr 0 sekarang belum jadi hero lagi..hahaha.. Tapi dia baik la, tak kedekut ilmu.. Apa yg Yaya baca dari blog Cerah Jeff ada banyak gak la yg betul.. Diorang ni style memandang masa depan, pentingkan masa depan. Contoh mcm Yaya buat machine, sensei Yaya sentiasa akan ckp, kena ada spare, kena ada itu ini, next time orang kalau nak guna dah ada.. Ni petikan ayat dari blog cerahjeff:
  • "Mungkin inilah beza personaliti orang Malaysia dan Jepun,seperti aku cerita pada kisah sebelum ini, orang Jepun ada 'omoiyari' atau 'kidukai' tapi orang kita tak ada. Sebab itu orang kita tak berapa suka ikut peraturan sebab menyusahkan diri sendiri. Orang Jepun,even menyusahkan diri mereka,as long menyenangkan orang seterusnya,mereka akan buat." 
Sensei Yaya ni pandai ckp english. Bahasa Melayu pun diorang pandai gak.. Pernah hari tu masa setting temperature controller,

Yaya: Do you know how to setting this temperature controller?..

Sensei: Omron??(sambil tgk temp controller yg Yaya pegang) Of course!..hahaha.. Do u want to set until when?

Yaya: Below 5 degree celsius until 11 degree celsius.

Sensei: So in range, ok. (Sambil tgk manual dia suruh Yaya buat)

Lepas tu Yaya pun setting la tapi disebabkan dia range, so kite ada kena set plus minus. So terjadi la pengiraan di situ.. Kejap +1 bunyi, kejap tu -2 bunyi, kejap plus lain, pastu minus lain. So Yaya ni trus la jadi konfius.. hahaha... Mula-mula tu sensei ajar yaya dalam english la.. Yaya tak ingat satu-satu ayat dia, cuma yg Yaya ingt dia kata " This one, one two then beep" pas2 agaknya muka Yaya blur, dia pun ckp " Satu dua, at dua beep, at satu no.." Yaya trus gelak...

Pernah lagi masa hari Jumaat, baru habis lunch. Yaya ngn kawan Yaya (perempuan) masuk ofis, semua org takde dalam ofis. Yela ofis Yaya ramai lelaki, diorang semua pergi solat Jumaat. Tak lama tu masukla 2 orang Jepun ni.. Terus kawan Yaya pergi on lampu.

Japanese 1: oohh only us in this office.. hahaha(gelak ramai-ramai)
Japanese 2: Please light off back, Good night! (sambil tunjuk gaya mcm tido kat meja)
Kitorang pun gelak je la ramai-ramai.. 

Yang Japanese department Yaya ni memang ok la..senpoi je..Mgkn ada department lain yg mcm strict sket.. Macam bos diorang ni, kalau masuk office je, selalu check remote aircond yang selalu ada atas meja Yaya (siapa yang letak ntah!), kalau tak 25degree mesti dia tegur.. Tapi dia pun baik jugak, tegur pun baik je.. hehe..

Okla, kalau rajin lagi nanti Yaya sambung cerita pasal Japanese member kat sini..

Tuesday, October 1, 2013

Dugaan nak kahwin


ASSALAMUALAIKUM...

Hii semua!.. Sekarang ni Yaya dah start simpan duit untuk kahwin.. Jadi sekarang ni dah kena berjimat cermat..huhu.. SOOO.... timbul la dugaan paling besar nak kahwin.. haaa...mesti semua nak tau kan apa dugaan tu.. hehe...


INILAH DUGAANNYA!!....
Galaxy Note 3-1.jpg
SAMSUNG GALAXY NOTE 3!!
huuu...teringin sgt nak pakai ni..dr dulu tggu.. Yaya pakai Note 1, so masa Note 2 keluar Yaya ckp takpe nak tunggu Note 3.. Tapi ni Note 3 dah keluar, tiidaaaakkk!!! kena kuatkan semangat nak kumpul duit..huhu... Ada tak siapa-siapa nak hadiahkan Yaya Note 3 ni??..huuu...alangkah indahnya..hahaha....Hari Sabtu minggu lepas, Yaya jalan kat Lowyat, ramai la orang dekat kedai Samsung tu, ramai la jgk yg membelek2 Note 3..huuu.. Yaya tgk dari jauh je la..

Ni ada la sikit review dari GSM Arena.. Web yang selalu Yaya buka untuk review handphone..

First, Body dia nipis sikit + ringan lagi dari Note 2..
Dimension: 151.2 x 79.2 x 8.3mm (5.95 x 3.12 x 0.33 inch)
Weight: 168g (5.93 oz)


-  Camera dia dah up pada 13MP, front camera lak 2.0MP.
-  OS plak dia guna Android OS, v4.3 (Jelly Bean) compared Note 2 guna  Android OS v4.1.1 (Jelly Bean), upgradeable to 4.1.2 (Jelly Bean)
- Chipset: Qualcomm Snapdragon 800 (N9005)/ Exynos 5 Octa 5420 (N9000)
- CPU Quad-core 2.3 GHz Krait 400 (N9005)/Quad-core 2.3 GHz Krait 400 (N9005)

Samsung Galaxy Note 3 Samsung Galaxy Note 3
Stylish Pen macam biasa, lebih mudah diambil.. Galaxy Nota 3, Samsung masih menggunakan plastik lagi, tetapi kali ini ia mempunyai macam kulit sikit.. Nampak macam actual leatherla.. Tapi tak silap Yaya campuran gak la..
Kotak dia pun menarik gak..

Samsung Galaxy Note 3

Pastu Note 3 ni ada 1 software untuk stylish pen.. mcm shortcut jgk la..


Samsung Galaxy Note 3

Pastu yang ni Yaya suka gila! sbb banyak kali masa pakai Note 1, Yaya mesti cakap, "alaa..nape takleh conteng kat depan ni je.."
Banyak lagi la features dia yang best.. hmmm...korang boleh tengok sendiri review dekat GSM Arena.. Ni ada video review.. Korang tengok sendiri la ea best ke tak.. Lain orang lain pendapat, lain citarasa...














Thursday, September 19, 2013

MENYAMPAH!!

Entry kali ni adalah untuk meluah perasaan je.. Sesiapa yg tak suka tu takyah baca k..

Bila aku tanya pendapat org pasal nk tempah kat mane baju aku, aku sangat tak suka bila org cakap, "Jangan semangat sgt, nnti..." Bengang btol la..ntahla bengang btol rase.. aku tanya tu nak minta pendapat, bukan nk mintak ko ckp aku ni semangat ke tak!! Dah lepas ni mmg tak tanya dah la kat org pasal tu..hmmm..sgt tak suka! Bengang gile rase!! tgh berasap je ni...

VEIL NET KE CHIFFON?...

Assalamualaikum...

yuhuu!!...sekarang ni mmg tgh rajin mengupdate blog.. tengah survey nak pakai tudung + veil mcm mne nnti..hmm..ingt nk DIY veil nikah sendiri je..byk gak jmpe kat mr. GOOGLE.. mane yg best ek, veil kain chiffon ke, veil kain net lagi cantik?.. huuu...

ni antara contoh yg yaya jmpe..

cantik kan?..

yg ni dia pakai inner medina..mesti semua kenalkan irinenadia
So...sekarang ni tgh konpius.. ok, cube korg bayangkan.. yaya nak pakai baju kaler mint, so sekarang ni ada 2 pilihan..

Pilihan pertama:
Pakai shawl color mint + Veil net (of course la putih kn..) dijahit manik dan pearl kaler pink

Pilihan kedua:
Pakai inner pink (mcm inner medina) + Veil chiffon (color mint) dijahit manik& pearl

haaa...yg mana 1 korg rase yg cantik?.. Pilihan 1 ke 2?.. adoii..konpius2...

Tuesday, September 17, 2013

WEDDING PREPARATION

As salam....

Haaa..rajin tak Yaya update blog..hehe.. Ok, entry kali ni nk ckp yg Yaya dah mula cari2 benda2 yg patut untuk wedding preparation.. Tapi korg tau ke tarikhnye bile?? hahaha.. Mestila lambat lg, tahun depan bulan 8, insyaALLAH.. Mesti korg kate semangat gile kan.. Awal lagi..hehe...
Yaya survey je dulu mane yg ok.. Kebanyakannya tawar pakej kn.. Yaya ingt tak nak amek pakej, sbb kdg2 dalam 1 pakej tu tak semua kita berkenan kan..
 Kebanyakan yg Yaya tanya ada yg ckp kalau tempah tahun ni still dpt harga tahun ni, tahun dpn dah naik harga.. Maklumla sekarang ni semua pun naik kan.. Minyak naik, barang2 lain pun naik, tapi hantaran Yaya still tak naik..muahahaha...
So rse2 mcm kne tempah hujung tahun ni je, sbb nak dptkan harga tahun ni.. Tapiii..mcm mne kalau tahun depan ada design baru?..ada design lagi cantik?? oooohhh... tiidaaaakkkk!.. mcm mne nak buat keputusan ni..huhu...

Yaya survey bridal area Johor.. Yela, kerja kat KL, jarang-jarang balik Johor.. So bridal mane yg ada fb atau blog ni untungla sikit..sebab bile search jmpe diorg je.. Tapi ingt nk balik JB jgkla, survey sket2 kat sana..

Setakat ni yaya dah tanya beberapa bridal la..Ni listnye:

1. Zaiman Bridal
2. Astana Bridal
3. Att Bridal
4. Dedaun Bridal
5. Elegant wedding

Yaya tanya pakej je dulu.. Dgn diorg ni Yaya ingt nak tempah pelamin, walkway semua.. Tapi tak sure lagi.. Yaya ingt hiasan dewan nak tempah dkt Madetill Event, tp tak tanya lagi price diorg mcm mne.. If mahal, Yaya amek dgn bridal ni je la..

Tapi catering Yaya ada 2 choices:
1. Tok Wan Catering
2. Padi Warisan Catering

Sebab yaya tak nak la makanan tak sedap.. Sebab yaya pernah makan dekat kenduri kawin ni, ayam dia keras.. Rse mcm terkilan jgk, sbb perut tgh lapar, tgk ayam masak merah dia sedapp, tapi bila nk makan keras.. Mmg spoil btol la kn..huhu.. Tapi ni rse kne pergi tanya sendiri la, nak tau diorg nye pakej, mane lagi affordable.. Sape2 ade idea dan pengalaman share la ngn yaya..

Sekarang ni yaya tgh survey MUA.. hehe.. Mula-mula tu yaya tak tau pn MUA tu ape..hahaha..kesian kn?? hari tu search kat Mr. GOOGLE, pas2 byk dalam blog2 org tulisa MUA.. rupenye bila dah baca-baca baru paham MakeUp Artist rupanya..hahaha.... Bagi yaya makeup ni penting.. Lagipun sekali sekala nak makeup kan, almaklumla yaya bkn jenis yg suka makeup bila keluar rumah..huhu..
Tapiii...disebabkan yaya ni tak pernah la nak mekap sgt2 ni, yaya pn tak pandai nk tgk mekap tu cantik ke tak untuk yaya..adoiyai...sshnye nak pilih MUA.. Tak tau la nak kata org tu Makeup cantik ke tak..kadang2 bila search tu gambar mcm dah edit, yela kan photographer dah amek baik punya!..hehe.. So mcm tak tau nak pilih..
Lagi satu, kebanyakan MUA yg yaya search semua area KL, so bila tanya price diorg, bertambah2 la, tambah plak ngn transport dan penginapan... uuuwaaaaa!!! Ada plak kebanyakan MUA yg makeup cantik ni lelaki, oohh nooo!! mesti la tak boleh kn..nnti nak nikah, belom batal air sembahyang ngn husband dah batal ngn tukang mekap dulu..hehe... So yaya sekarang ni mencuba mencari MUA area JB, kalau MUA KL yg masih affordable pricenye pn boleh jgk.. Siapa-siapa yg ada pengalaman dan idea boleh la share dgn yaya ea.. =))

So, sampai sini la..nnti bila-bila yaya update lagi untuk preparation wedding..hehe..






Monday, September 2, 2013

Beijing Day 4

Assalamualaikum...

Entry kali ni bahasa melayu balik..hehe...Hari ke-4 kat Beijing ni la hari terakhir kitorg kat Beijing..tggl kitorg 4 org je..Jalan-jalan naik keta je, dah tak naik bas.. Tour guide amek kitorg dalam kul 12 macam tu.. 

Hari tu Yaya tak sihat dah..dr lepas Subuh asik muntah-muntah..adoi, gastrik kot, sampai muntah acid dah..Makan je muntah..huhu..sedih gile..

So kul 12 tu kitorg trus bawa beg, checkout trus.. Nasib baik kawan-kawan Yaya pn rase tak nk mkn sbb dah mkn megi, so kitorg ckp kat tour guide tu tak pyh pegi mkn tgh hari..

Pastu dia trus bawa kitorg pegi Tea Factory. Kat situ kitorg 4 org masuk kat dalam 1 bilik ni..Pastu ada sorang amoi ni cerita la kat kitorg pasal teh dan jenis-jenis teh..Macam-macam jenis teh ada..pastu dia bagi kitorg rasa..teh tu pure teh, takde campur gula. Ada yg manis, ada yg pahit.. 

Jadi, pastu macam biasa la die promote la harga teh tu..Disebabkan kitorg pn dah takde duit sgt, kitorg tolak, pastu dia mula turunkan harga, cakap bli ni dapat ni free la..

Haaa...lupa nak cite, die ada tunjuk 1 patung tu nama dia pee pee boy..hehe..Patung tu kecik je, rupa macam shin chan..hehe..kalau kita tuang air sejuk kat patung tu takde apa-apa jadi, tp kalau kite tuang air panas patung tu kencing..hahaha...

Ni ada sket la gambar-gambar kat tea factory tu..




Gambar yg sebelah kanan tu adalah salah satu pokok teh..

Lepas ke Tea Factory, seperti yg dijanjikan tour guide tu bwk kitorg pergi market semalam tu..nama dia Yashow market..hehe..pas2 kitorg pn shopping la apa yg ada..Duit pun dah tak byk..huhu...

Lepas siap shopping2 kitorg pn pergi tgk acrobatic show..best jugak la..macam circus tu..tp die ada beberapa la acrobatic show..ada yg jalan atas tali, naik basikal sampai 13 org, 1 basikal tau 13 org..haa..pas2 macam-macam lagi..


Kat sini la kitorg tgk acrobatic tu..sorry gmbr masa acrobatic tak dibenarkan..huhu..
Habis acrobatic show tu kitorg pergi makan malam..Makan malam tu kitorg try minta nasi goreng, pastu tour guide kitorg pn order la nasi goreng yg kitorg pilih kat menu tu..Tapi nasi goreng tu tak sedap..huhu..kitorg panggil nasi goreng jintan, sbb rasa jintan..huuu...tambah plak yaya yg tgh gastrik ni...huhu..mmg tak blh bla btol!..


haaaa...ni la nasi gorengnya..nampak sedap tak?..

Lepas makan tu, tour guide hantar kitorg ke airport..dalam pukul 9 mlm mcm tu kitorg sampai airport.. pas2 kitorg cari tempat yg bersih n tak ramai org utk solat.. Then, kitorg pn tggu la untuk checkin beg..lame jgkla tggu..huhu..lepas check in beg plak, tggu flight.. flight kitorg kul 2 pg..memang dah tertido-tido la tunggu flight tu..huhu.. Naik je flight tak lama tu trus out..hahaha...

Dalam kul 6 pg mcm tu rse perut ni lapar gile!, ingtkn dah terlepas waktu dia bg mknan, rupanye mmg diorg bg makanan lambat.. tapi disebabkan yaya tak berapa sihat, makan pun sikit je..huhu.. =((
dalam pukul 8 tu kitorg pun sampai..




Yea!!Dah sampai Malaysia..hehe..
Alhamdulillah..At last, kitorg pun sampai la Malaysia.. I LOVE Malaysia!! hahaha..nmpk tak betapa kita menghargai negara kita bila kite pegi negara org.. huhu...

Balik tu kitorg rehat2 jap, dalam kulk 3 ptg mcm tu pegi JB.. My friend's wedding!.. huhu..mmg letih btol mggu tu..tp puas!




OK, NI YAYA NAK TUNJUK SKET BEBERAPA BENDA YG ADA DI BEIJING LAIN SKET DARI MALAYSIA.. MUNGKIN ADA KOT KAT MALAYSIA TAPI YAYA TAK TAU KE.. HEHE.. =))


1. Orang kat sana ramai jugak yg naik basikal..jalan kaki pun ramai..


























 







2. Bunga-bunga kat sana musim panas, senang je kembang..cantik je kat tepi2 jalan tu bunga-bunga kembang.. Mungkin ni biasa je kot tak rare sgt..hehe...


























3. Pak Guard berdiri tegak je...hehe..










 


4. Jalanraya dia besar gile..mmg banyak lane..












 


5. haaa...yg ni rare sket keta tayar 3 banyak sangat kat sini..hehe..
















 


6. Yang paling rare sekali!.. hahahaha...korg tgk betul2 seluar budak ni, kebanyakan budak kat sana pakai seluar tak jahit tengah.. Budak2 yg umur mcm ni la..tapi yg ni Yaya dpt snap 1 je..kalau tak nampak, pandai2 zoom la ea..hehe...






















So, tamatlah pengembaraan Yaya ke Beijing.. Next destination sedang difikirkan..hehe... Tapi Dream destination ialah EUROPE TRIP!.. kumpul duit!!.. huhu...
Ok bye, jumpe next entry..huuu.. =))