Tetap tertawa walau sebernarnye ia ingin menangis, tetap tersenyum walau sebenarnya ia kecewa, tetap kuat walau sebenarnya ia tak sanggup, tetap semangat walau sebenarnye ia tertekan dan TETAP SABAR DAN MEMANDANG SEGALANYA BAIK-BAIK SAJA WALAUPUN IA TERLUKA...

Thursday, October 3, 2013

Japanese member

Entry hari ni Yaya nak cerita serba sedikit pasal Japanese member dekat ofis ni.. Mesti ramai dah tau kan serba sedikit culture Japan.. Diorang ni sangat menepati masa.. kalau korang nak tau lebih pasal perangai dan culture diorang ni boleh tgh dekat blog cerah jeff.. Dia study dan kerja di Jepun.. Dia ada cerita la pengalaman dia di Jepun..

Bila kita baca cerita pasal Jepun ni, kita rasa excited nak pegi sana kan.. So Yaya nak cerita sikit pasal senpai/sensei Yaya kat opis ni.. Ada 2 org Jepun yg attached dgn department Yaya.. Diorg ni sangat senpoi!..Diorg takdela strict sgt..hehe..Diorg baru 1 tahun dekat sini.

Tapi masih ada lagi la budaya Jepun diorg. Diorang g keje akan pakai kemeja putih tight in + slack hitam + kasut hitam. Yaya ada tanya la member Yaya yang study Jepun dulu, dia cakap orang di Jepun memang mcm tu bila pergi kerja, tak kisah la dia executive ataupun operator. Kalau kita kat sini, confirm pakai seluar jeans dengan t-shirt je kan. hahaha... yela, kilang kitorg ni ada uniform, nnti boleh salin baju..

Tapi masa hari Sabtu / Ahad, pakaian diorang senpoi je.. Ada 1 hari Sabtu hari tu sorang senpai ni pakai seluar pendek lagi..hahaha... Sebenarnya Yaya tak tau nak bahasakan apa, senpai ke sensei ke..sbb diorg ni dah berpengalaman, diorg la yang ajar kitorg engineer muda ni..hehe.. Sorang attached dengan bahagian mekanikal, sorang lagi bahagian elektrikal. Jadi, Yaya selalu refer pada sensei bahagian Elektrikal la..

Diorang stakat ni baik la..Banyak yg diorang ajar.. Yang bahagian Elektrikal ni mmg banyak sangat dia ajar Yaya.. Yaya dr 0 sekarang belum jadi hero lagi..hahaha.. Tapi dia baik la, tak kedekut ilmu.. Apa yg Yaya baca dari blog Cerah Jeff ada banyak gak la yg betul.. Diorang ni style memandang masa depan, pentingkan masa depan. Contoh mcm Yaya buat machine, sensei Yaya sentiasa akan ckp, kena ada spare, kena ada itu ini, next time orang kalau nak guna dah ada.. Ni petikan ayat dari blog cerahjeff:
  • "Mungkin inilah beza personaliti orang Malaysia dan Jepun,seperti aku cerita pada kisah sebelum ini, orang Jepun ada 'omoiyari' atau 'kidukai' tapi orang kita tak ada. Sebab itu orang kita tak berapa suka ikut peraturan sebab menyusahkan diri sendiri. Orang Jepun,even menyusahkan diri mereka,as long menyenangkan orang seterusnya,mereka akan buat." 
Sensei Yaya ni pandai ckp english. Bahasa Melayu pun diorang pandai gak.. Pernah hari tu masa setting temperature controller,

Yaya: Do you know how to setting this temperature controller?..

Sensei: Omron??(sambil tgk temp controller yg Yaya pegang) Of course!..hahaha.. Do u want to set until when?

Yaya: Below 5 degree celsius until 11 degree celsius.

Sensei: So in range, ok. (Sambil tgk manual dia suruh Yaya buat)

Lepas tu Yaya pun setting la tapi disebabkan dia range, so kite ada kena set plus minus. So terjadi la pengiraan di situ.. Kejap +1 bunyi, kejap tu -2 bunyi, kejap plus lain, pastu minus lain. So Yaya ni trus la jadi konfius.. hahaha... Mula-mula tu sensei ajar yaya dalam english la.. Yaya tak ingat satu-satu ayat dia, cuma yg Yaya ingt dia kata " This one, one two then beep" pas2 agaknya muka Yaya blur, dia pun ckp " Satu dua, at dua beep, at satu no.." Yaya trus gelak...

Pernah lagi masa hari Jumaat, baru habis lunch. Yaya ngn kawan Yaya (perempuan) masuk ofis, semua org takde dalam ofis. Yela ofis Yaya ramai lelaki, diorang semua pergi solat Jumaat. Tak lama tu masukla 2 orang Jepun ni.. Terus kawan Yaya pergi on lampu.

Japanese 1: oohh only us in this office.. hahaha(gelak ramai-ramai)
Japanese 2: Please light off back, Good night! (sambil tunjuk gaya mcm tido kat meja)
Kitorang pun gelak je la ramai-ramai.. 

Yang Japanese department Yaya ni memang ok la..senpoi je..Mgkn ada department lain yg mcm strict sket.. Macam bos diorang ni, kalau masuk office je, selalu check remote aircond yang selalu ada atas meja Yaya (siapa yang letak ntah!), kalau tak 25degree mesti dia tegur.. Tapi dia pun baik jugak, tegur pun baik je.. hehe..

Okla, kalau rajin lagi nanti Yaya sambung cerita pasal Japanese member kat sini..

No comments: